Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan

  • Jabatan / Unit
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
  • Tarikh
    19 August 2024
  • Hingga
    21 August 2024
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

PENSIJILAN HOSPITAL BEBAS KESAKITAN 19 DAN 21 OGOS 2024

Sakit, sama ada sakit akut atau kronik, adalah simptom yang biasa dialami oleh pesakit. Kesakitan boleh memberi banyak penderitaan dan ia juga menjejaskan pemulihan mereka daripada penyakit yang mereka alami sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Inisiatif bagi mengurangkan kesakitan ini dimulakan dengan “Pain As5th Vital Sign” (P5VS). Inisiatif ini diikuti dengan konsep "Pain Free Hospital” yang juga dikenali sebagai konsep “Hospital Bebas Kesakitan”.HoSHAS menekankan pengurusan rawatan kesakitan secara holistik melalui pendekatan pasukan pelbagai disiplin yang merangkumi :

a) Anestesia dan Analgesia
b) Teknik Pembedahan Moden

Seramai 7 orang auditor lantikan KKM telah hadir ke HoSHAS bagi tujuan audit. Pengauditan fizikal ini dijalankan dengan penyemakan dokumen Program Hospital Bebas Kesakitan, lawatan ke sudut Pain Free Hospital dan penilaian pemahaman konsep Hospital Bebas Kesakitan melalui temubual bersama pesakit dan kakitangan.

Pada sesi penggulungan pengauditan ini, para auditor secara umumnya sangat berpuas hati dan kagum dengan penglibatan kakitangan klinikal bersama pengurusan HoSHAS dalam menjayakan konsep Hospital Bebas Kesakitan.

Sesi penggulungan pengauditan ini turut dihadiri oleh Dr.Jafanita binti Jamaluddin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang telah menyatakan sokongan sepenuhnya ke atas komitmen Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dalam menjayakan Hospital Bebas Kesakitan.

Sekiranya HoSHAS Berjaya mendapat pensijilan ini, ia akan menjadi hospital kedua di Negeri Pahang selepas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan sudah pastinya akan menyuntik semangat kepada hospital-hospital lain di Negeri Pahang untuk turut menurut jejak langkah ke arah pensijilan ini.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19365