HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HOSHAS) TEMERLOH
15 Januari 2025 (Rabu) : HOSHAS telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Bersama Pengurusan Tertinggi. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan dan pelawat untuk berinteraksi secara langsung berkenaan maklum balas perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital.
Pengarah Hospital Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz bersama ahli-ahli Pengurusan Tertinggi
iaitu Dr Nur Azlina Binti Muhammad Hashim Timbalan Pengarah (Perubatan) I , Dr Kang Kiat Hong Timbalan Pengarah (Perubatan) III dan Encik Hazlan Bin Sulaiman Timbalan Pengarah (Pengurusan) turut meluangkan masa bersama-sama pelawat dan kakitangan yang hadir dalam program ini.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti Pameran Hak Pesakit dan Keluarga, Pameran Hospital Mesra Ibadah, Pameran Kempen Derma Organ, Pameran Hospital Bebas Kesakitan dan Program Derma Darah.
Pihak pentadbiran mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan dan kakitangan yang hadir dalam memberi maklum balas dan cadangan kepada pihak hospital. Pihak hospital akan mengambil tindakan penambahbaikan sewajarnya bagi segala maklum balas dan cadangan yang diberikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak terlibat semoga program seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan.