Kunjungan Hormat daripada Ketua Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak Kebangsaan sempena Mesyuarat Perancangan Strategik Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak

  • Jabatan / Unit
  • Tarikh
    17 July 2026
  • Lokasi
    Bilik Mesyuarat Pengarah, HoSHAS

17 Julai 2026 (Jumaat) – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak Kebangsaan sempena Mesyuarat Perancangan Strategik Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengarah, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Delegasi diketuai oleh Dr. Mohd Tarmizi bin Md. Nor, Ketua Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak Kebangsaan, bersama Dr. Muhammad Fadli bin Abdullah, Ketua Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak Negeri Pahang, serta Dr. Mohd Latiff Iqramie bin Muhamad Zaki, Pakar Pembedahan Kanak-Kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah (Perubatan) II HoSHAS. Turut hadir ialah Dr. Azmi bin Hassan, Ketua Jabatan Pembedahan Am; Dr. Syarida binti Badrulzaman, Ketua Jabatan Pediatrik; serta Dr. Samsul Johari bin Mohd Amin daripada Jabatan Anestesiologi.

Perbincangan memberi tumpuan kepada hala tuju strategik pembangunan Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak di HoSHAS, meliputi perancangan jangka pendek dan jangka panjang dengan mengambil kira kemudahan infrastruktur serta sumber manusia sedia ada. Turut dibincangkan ialah keperluan latihan bagi memperkukuh kompetensi tenaga kerja, selain cadangan penempatan Pakar Pembedahan Kanak-Kanak secara tetap di HoSHAS dalam tempoh dua tahun akan datang.

Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak di HoSHAS, sekali gus memperluas akses kepada perkhidmatan kepakaran yang berkualiti demi manfaat pesakit, khususnya kanak-kanak di negeri Pahang.



  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kunjungan Hormat daripada Ketua Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak Kebangsaan sempena Mesyuarat Perancangan Strategik Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26822