Kursus “Management of Aggressive Patients in Ministry of Health Facilities” 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri HoSHAS i
  • Tarikh
    30 September 2026
  • Hingga
    30 September 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

KURSUS “MANAGEMENT OF AGGRESSIVE PATIENTS IN MINISTRY OF HEALH FACILITIES” 2026 PERINGKAT KLUSTER PAHANG TENGAH

Temerloh, 30 September 2026 – Kursus “Management of Aggressive Patients in Ministry of Health Facilities” 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah telah berlangsung pada 30 September 2026 bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Kursus anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri HoSHAS ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 107 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan unit di HoSHAS, hospital-hospital dalam Kluster Pahang Tengah, serta klinik kesihatan.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Umi Kalsom binti Mohd Idris, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman para peserta secara mendalam berkenaan kaedah mengenal pasti potensi risiko dan tanda-tanda awal amaran bagi pesakit yang menunjukkan tingkah laku agresif, di samping memperlengkapkan mereka dengan teknik menangani situasi tersebut secara betul, berkesan, dan selamat.

Pengisian program ini merangkumi penyampaian ceramah interaktif serta penganjuran bengkel amali yang berfokus pada aplikasi teknik melepaskan diri dan teknik kawalan fizikal yang betul melalui demonstrasi secara langsung serta sesi praktikal secara hands-on bagi setiap peserta.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSHAS, pihak BKPP serta semua pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran Kursus “Management of Aggressive Patients in Ministry of Health Facilities” 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah.



  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus “Management of Aggressive Patients in Ministry of Health Facilities” 2026 Peringkat Kluster Pahang Tengah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :26/10/2026 Total Visitors : 373065