Latihan Pengendalian Alatan Tajam Klinikal Kepada Pengawai Perubatan Siswazah

  • Jabatan / Unit
    Perubatan
  • Tarikh
    13 August 2026
  • Hingga
    13 August 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Kluster Teratai & Kiambang

13 Ogos 2026 (Khamis) – Unit Kesihatan Awam, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKAKKP) bersama Unit Kawalan Infeksi (UKI) telah mengadakan Latihan Pengendalian Alatan Tajam Klinikal bertempat di Bilik Seminar Kluster Teratai & Kiambang, HoSHAS. Latihan ini disertai oleh seramai 15 orang Pegawai Perubatan Siswazah daripada pelbagai jabatan klinikal.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya manakala setiap pekerja wajib memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Selain itu, majikan juga diwajibkan untuk menguruskan risiko iaitu hazard pekerjaan seperti hazard fizikal & biologikal yang dihadapi oleh para pekerja sewaktu melaksanakan tugas.

Sesi latihan dimulakan dengan pembentangan Sharp Injury Surveillance oleh Dr. Mohamad Faris bin Md Noh, Pegawai Perubatan daripada UKAKKP yang merangkumi pengenalan alatan tajam klinikal, aspek perundangan, penyakit pekerjaan, data dan statistik kes, kaedah pelaporan serta tindakan segera sekiranya berlaku kecederaan akibat alatan tajam.

Seterusnya, Dr. Ng Mee San, Pegawai Perubatan daripada UKI menyampaikan penerangan berkaitan kawalan infeksi semasa prosedur pengambilan darah, termasuk kepentingan kebersihan tangan, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai serta kaedah pelupusan peralatan selepas prosedur.

Latihan turut disusuli dengan sesi praktikal melalui demonstrasi prosedur pengambilan darah oleh Pegawai Perubatan Siswazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Diharapkan latihan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Perubatan Siswazah dalam pengendalian alatan tajam secara selamat serta memastikan amalan kawalan infeksi sentiasa dipatuhi demi keselamatan petugas dan pesakit.



  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Latihan Pengendalian Alatan Tajam Klinikal Kepada Pengawai Perubatan Siswazah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26822