Lawatan Kerja JKN Selangor ke HOSHAS Bagi Tinjauan Pelaksanaan Sistem iQMS

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    01 July 2026
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

1 Julai 2026 (Rabu) – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor bagi mengadakan lawatan kerja berkaitan tinjauan pelaksanaan Sistem iQMS terhadap proses pendaftaran pesakit di HoSHAS.

Delegasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor diketuai oleh Puan Norasyikin binti Abdul Karim bersama En. Mohd Zulyazid bin Yusof, Puan Suhaiza binti Saad dan En. Muhammad Faris bin Mohd. Fauzi. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat di Bilik Persidangan Anggerik yang dipengerusikan oleh En. Hazlan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Pengurusan HoSHAS, serta turut dihadiri Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II, ketua-ketua jabatan dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang berkaitan.

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada delegasi untuk meninjau sendiri aliran kerja pendaftaran pesakit di HoSHAS, di samping menilai kesesuaian pelaksanaan Sistem iQMS sebagai inisiatif ke arah penambahbaikan proses pendaftaran pesakit yang lebih sistematik, cekap dan mesra pelanggan.

Selepas sesi taklimat, delegasi dibawa melawat beberapa lokasi yang terlibat secara langsung dalam proses pendaftaran pesakit, termasuk Kaunter Klinik Pakar, Kaunter Hasil, Jabatan Radiologi, Jabatan Farmasi dan Klinik Ortopedik bagi melihat sendiri aliran kerja serta pelaksanaan proses sedia ada. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Bilik Latihan Teknologi Maklumat bagi menyaksikan demonstrasi Sistem iQMS serta mengadakan perbincangan lanjut mengenai fungsi, keupayaan dan potensi pelaksanaan sistem tersebut.

Usaha murni ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan proses pendaftaran pesakit yang lebih sistematik, cekap dan mesra pelanggan, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan.


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Lawatan Kerja JKN Selangor ke HOSHAS Bagi Tinjauan Pelaksanaan Sistem iQMS
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26954