Lawatan Pesakit Kemalangan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)

  • Jabatan / Unit
    -
  • Tarikh
    23 January 2026
  • Hingga
    23 January 2026
  • Lokasi
    Wad

Lawatan Pesakit Kemalangan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) oleh Datoโ€™ Kurnia Arjuna Akbar Abu

Berdasarkan titah keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terhadap kebajikan rakyat, khususnya mangsa kemalangan jalan raya, Datoโ€™ Kurnia Arjuna Akbar Abu telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bagi menziarahi pesakit yang sedang menerima rawatan akibat kemalangan.

Ketibaan Datoโ€™ Kurnia Arjuna Akbar Abu telah disambut oleh Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr Mazlina Binti Mohtar serta petugas perubatan yang terlibat secara langsung dalam rawatan pesakit.
Lawatan dimulakan dengan menziarahi pesakit kemalangan yang sedang dirawat di wad, bagi menyampaikan rasa simpati, keprihatinan serta sokongan moral kepada pesakit dan ahli keluarga.

Dalam lawatan tersebut, Datoโ€™ Kurnia Arjuna Akbar Abu turut bertanya khabar mengenai tahap kesihatan pesakit, perkembangan rawatan yang diterima serta keperluan semasa mereka.

Lawatan ini mencerminkan keprihatinan berterusan pihak istana dan kepimpinan negeri terhadap kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang ditimpa musibah. Ia juga diharap dapat memberikan semangat dan kekuatan kepada pesakit untuk terus tabah menghadapi ujian serta mempercepatkan proses pemulihan


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright ยฉ 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19235