Mesyuarat KickStart Perkembangan Perkhidmatan Neurosurgikal Peringkat Negeri Pahang

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
  • Tarikh
    18 May 2026
  • Hingga
    18 May 2026

18 Mei 2026 (Isnin) – Satu langkah penting dalam memperkukuh perkhidmatan kepakaran kesihatan di Negeri Pahang telah dimulakan menerusi Mesyuarat KickStart Perkembangan Perkhidmatan Neurosurgikal yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengarah, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Fadilla Norli Binti Muhamad, Ketua Cawangan Perkembangan Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh Dr. Azmi bin Alias, Ketua Kepakaran Pembedahan Saraf Kementerian Kesihatan Malaysia; Dr. Vinodh, Ketua Kepakaran Pembedahan Saraf Negeri Pahang; Dr. Azmi bin Hassan, Pakar Perunding Pembedahan Am HoSHAS; ketua-ketua kepakaran, pakar-pakar perunding serta pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelaksanaan perkembangan perkhidmatan Pembedahan Saraf yang dijangka bermula pada tahun 2027. Inisiatif ini bakal memberi manfaat besar kepada populasi di kawasan Pahang Tengah dan Pahang Barat melalui akses yang lebih menyeluruh kepada perkhidmatan kepakaran Neurosurgeri.

Selain itu, mesyuarat ini juga menjadi platform strategik bagi merangka hala tuju perkhidmatan, memperkukuh latihan tenaga kerja serta memperluaskan pembangunan infrastruktur penjagaan saraf di fasiliti kesihatan tempatan selaras dengan usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Mesyuarat KickStart Perkembangan Perkhidmatan Neurosurgikal Peringkat Negeri Pahang
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :07/07/2026 Total Visitors : 31002