Perasmian Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)
  • Tarikh
    27 July 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

27 Julai 2026 (Isnin) – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menganjurkan Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Julai 2026 bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Bengkel yang menghimpunkan seramai 122 peserta dari seluruh negeri Pahang ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi warga kerja dalam pelaksanaan Business Continuity Management System (BCMS) bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan ketika berdepan gangguan operasi, bencana atau situasi krisis.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang menerusi rakaman video. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa BCMS merupakan elemen penting dalam memperkukuh daya tahan organisasi agar perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan secara berkesan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Beliau turut menyeru agar setiap fasiliti kesihatan memperkasakan pengurusan risiko, meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta membudayakan BCMS sebagai sebahagian daripada amalan pengurusan organisasi demi memastikan keselamatan pesakit dan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Turut hadir ialah Dr. Jafanita binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan), Puan Ismayati binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Dr. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan I), Institut Kanser Negara, Dr. Nurul Nadiah Puteri binti Abdul Rahim, Ketua Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal JKNP serta Encik Hazlan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Pengurusan HoSHAS.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pelaksanaan BCMS, seterusnya memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan organisasi kesihatan di negeri Pahang untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada masyarakat dalam apa jua keadaan

#HOSHAS
#JKNP
#Pahang1st



  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Perasmian Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26905