Kawad Hari Kebangsaan 2025
"Malaysia Madani : Rakyat Disantuni"
Tanggal 31 Ogos 2025 mencatat satu lagi detik membanggakan buat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) apabila seramai 34 orang kakitangan telah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh.
Diketuai oleh Ketua Jururawat, En. Luqman Chong Bin Mohd Abdullah Chong. Kontinjen HoSHAS bukan sahaja mempersembahkan kawad yang penuh disiplin dan semangat patriotik, malah berjaya merangkul Tempat Ketiga Keseluruhan daripada pelbagai agensi yang bertanding.
Turut hadir memberikan sokongan penuh, Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Nor Azlina binti Abdul Aziz, yang menyampaikan ucapan tahniah serta penghargaan kepada kontinjen atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan.
Tahniah dan syabas kepada semua anggota kontinjen! Semoga pencapaian ini terus menyuntik semangat kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan, seiring dengan nilai Malaysia MADANI Rakyat Disantuni.