Pertandingan Sihat Syawal Virtual Run sempena World Physical Activity Day (WOPAD)

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
  • Tarikh
    24 July 2025
  • Hingga
    24 July 2025
  • Lokasi
    Lobi Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Pada 24 Julai 2025, satu perhimpunan bulanan peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah diadakan di Lobi Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Terdapat 3 orang kakitangan HoSHAS telah dipilih sebagai antara 10 pemenang utama dalam Pertandingan Sihat Syawal Virtual Run sempena World Physical Activity Day (WOPAD) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Cabaran ini berlangsung secara virtual melalui aplikasi BookDoc bermula daripada tarikh 15 April sehingga 14 Mei 2025.

3 orang pemenang utama daripada HoSHAS adalah :
1. Dr Han Chung Sing (Jabatan Ortopedik)
2. Tuan Wan Zulkifle Bin Wan Ibrahim (Jabatan Pembedahan Am)
3. Dr Mohamad Faris Bin Md Noh (Unit Kesihatan Awam)

Ketiga-tiga pemenang tersebut telah menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM 100 yang disampaikan oleh Dato' Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Kesihatan Awam). Pengarah HoSHAS, Dr Hjh Nor Azlina Bt. Abdul Aziz turut hadir bagi meraikan para pemenang tersebut.
 
Semoga kemenangan ini akan menjadi motivasi kepada semua kakitangan HoSHAS untuk mengamalkan gaya hidup sihat seterusnya menjadi kakitangan yang produktif dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat.


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Pertandingan Sihat Syawal Virtual Run sempena World Physical Activity Day (WOPAD)
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19235