Program Family Fun Walk & Run dan Pertandingan Senamrobik Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 2026 anjuran Kelab Jururawat HoSHAS dengan kerjasama Unit Kejururawatan HoSHAS
Program yang bertemakan โKebangkitan Zombi Kampung Pisangโ berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 14 Februari 2026 di Ruang Legar Rehabilitasi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
Penyertaan ini melibatkan warga HoSHAS bersama ahli keluarga. Dianggarkan lebih kurang 200 orang peserta yang menyertai program ini . Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga hospital serta keluarga, memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dalam suasana yang ceria dan harmoni.
Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti fun walk, larian sejauh 5 kilometer dan juga pertandingan senamrobik antara jabatan .
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Jururawat HoSHAS serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan program ini berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah diucapkan.
#jururawatHoSHAS
#serbaBoleh