Sambutan International Day of Radiology (IDOR) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 November 2025 bertempat di Jabatan Radiologi, HOSHAS.
Program ini turut disertai oleh warga Radiologi dari pelbagai kategori termasuk pakar Radiologi, pegawai perubatan, juru X-ray, jururawat dan PPK.
Majlis dimulakan dengan CME bertajuk โFrom Shadows to Signals: The Evolution and Future of Radiologyโ yang disampaikan dengan penuh inspirasi, membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan bidang Radiologi dari dahulu hingga kini serta hala tuju masa hadapan.
Program ini turut mendapat sambutan yang amat baik daripada warga HOSHAS yang hadir bersama.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Hjh. Nor Azlina Binti Abdul Aziz, Pengarah HOSHAS, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan atas dedikasi dan sumbangan warga Radiologi dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan.
Sambutan ini bukan sahaja memberi peluang untuk menimba ilmu, malah mengeratkan hubungan profesional dan semangat kekeluargaan dalam komuniti Radiologi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK serta warga Radiologi yang terlibat, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada warga HOSHAS yang sama-sama hadir memeriahkan CME dan sambutan IDOR ini.