MyGovUC 3.0

MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu yang diuruskan secara berpusat di JDN. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan video/audio dan chat. Perkhidmatan MyGovUC yang dilaksanakan secara Software as a Service (SaaS) merangkumi dua skop perkhidmatan iaitu:

Perkhidmatan Software as a Service (SaaS)
Sistem E-mel
Persidangan Dalam Talian (Meet)
Penghantaran Fail Bersaiz Besar (Drive)
Perbualan Secara Berkumpulan (Chat)

Perkhidmatan Aplikasi Sokongan
Portal Rasmi MyGovUC
Perkhidmatan Mail Relay 
Sistem Pengurusan Maklumat Pengguna (SPMP)
Sistem Penghantaran Dokumen Sulit dan Terhad (SPDT)
 
Mengapa MyGovUC Dilaksanakan?

MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC, Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Jaminan Tahap Perkhidmatan MyGovUC 

Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan SaaS adalah 99.9%.
Memastikan Service Level Agreement (SLA) Perkhidmatan Aplikasi Sokongan MyGovUC 3.0 mematuhi  SLA yang ditetapkan iaitu 99.5%. 
 
Komunikasi Bersepadu

Komunikasi bersepadu MyGovUC adalah bermaksud perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian dan perbualan secara berkumpulan.

E-mel

Sistem E-mel merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. Pengguna boleh mencapai perkhidmatan e-mel melalui desktop/laptop atau telefon bimbit pengguna.

Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan projek MyGovUC mengambil kira kriteria penting berikut:

Perkhidmatan Meja Bantuan disediakan 24/7.
Berada dalam rangkaian Kerajaan yang selamat.
Dilaksanakan secara managed services oleh pembekal perkhidmatan.

PAUTAN PANTAS :

Portal : Portal MyGovUC 3.0 
Meja Bantuan : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon : 03-8684 8484
Waktu Operasi : Isnin – Ahad : 24 jam x 7 hari seminggu

meja bantuan mygovuc

Bahagian Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19232