

Mulai awal Mac 2005 Jabatan Dietetik & Sajian telah berpindah dari Hospital Mentakab dan merupakan jabatan pertama yang beroperasi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Oleh kerana jabatan ini memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan kepada pesakit dalam wad, maka penyediaan makanan pesakit yang yang masih berada di Hospital Mentakab dilakukan secara penghantaran pukal menggunakan kenderaan khas. Pada masa yang sama tersebut merupakan masa adaptasi anggota kepada peralatan dan sistem perkhidmatan sajian yang serba baru. Pelaksanaan sistem sajian secara ‘Centralised Plating’ dibuat secara berperingkat serentak dengan perpindahan pesakit dari Hospital Mentakab ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pertengahan April 2005.
Lokasi : Aras 1
| Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
| Ketua Jabatan | 5310 |
| Pegawai Dietetik | 5311 / 5312 |
| Penolong Pegawai Penyediaan Makanan | 1000 / 1001 / 1002 |
| Dapur | 1003 |
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
PERKHIDMATAN DIETETIK
PERKHIDMATAN SAJIAN
Memberikan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan citarasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badanberfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan di wad.
DIETETIK
Perkhidmatan Klinik Dietetik (Dietitian)
| Hari | Waktu |
| Selasa |
9.00am - 12.00pm Dengan Temujanji SAHAJA |
| Rabu | |
| Khamis |
KLINIK DM (Diabetes one stop centre) – 1 kali sebulan
SAJIAN
Penghidangan Diet
| Hidangan | Waktu Pengambilan Troli |
| Sarapan Pagi | 7.30am - 8.00am |
| Makan Tengah Hari | 11.30am - 12.30pm |
| Minum Petang | 2.30pm - 3.00pm |
| Makan Malam | 5.00pm - 5.30pm |
DIETETIK
SAJIAN
SIJIL HALAL :- Jabatan Dietetik & Sajian telah mendapat pengiktirafan persijilan HALAL daripada JAKIM.
SIJIL HACCP :- Telah lulus persijilan HACCP pada 2015.
SIJIL GMP :- Telah mendapat pengiktiran GMP (Good Manufacturing Practices) sejak 2011.
| Bil | Tarikh | Aktiviti |
| 1 | 23/07/2021 | CME : Halalkah Pilihan Kita ? |
| 2 | 14/02/2022 | Menganjurkan Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan Februari 2022 |
| 3 | 25/08/2022 | Program Agihan Bubur Asyura |
| 4 | 25/07/2023 | Kursus Jom Kurus dan Sihat 2023 : Eat Wise. Drop A Size. |
| 5 | 18/08/2023 | CME : Makanan dan Inovasi |
| 6 | 26/01/2024 | CME : Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat / Kursus |
| 7 | 30/04/2024 | Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan April 2024 |
| 8 | 25/07/2024 | Pertandingan Inovasi Makanan Berserta Kursus Peningkatan Perkhidmatan Makanan |
| 9 | 21/08/2024 | Bengkel Diet Teraputik 2024 Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah |