Lawatan Audit Fasiliti Daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Bahagian Perubatan dan Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar (KPAS) KKM

  • Jabatan / Unit
    Unit Kesihatan Awam, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Tarikh
    25 Februari 2025
  • Hingga
    25 Februari 2025
  • Lokasi
    HOSHAS

LAWATAN AUDIT FASILITI DARIPADA UNIT KESELAMATAN dan KESIHATAN PEKERJAAN ( UKKP ) BAHAGIAN PERUBATAN dan UNIT KESIHATAN PEKERJAAN dan ALAM SEKITAR ( KPAS ) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pada 25 Februari 2025, pasukan UKKP, Bahagian Perubatan dan Unit KPAS, KKM yang disertai bersama pihak UKKP dan Unit KPAS Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah mengadakan lawatan audit fasiliti di HoSHAS.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat semua pencapaian dan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan di HoSHAS pada tahun 2024.

Pasukan auditor yang diketua oleh Dr Fikri dari UKKP, Bahagian Perubatan KKM telah merakamkan penghargaan kepada pihak Unit Kesihatan Awam HoSHAS kerana berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang dalam Pelan Tindakan UKKP dan KPAS KKM bagi tahun 2024.

Semoga kecemerlangan dan teguran penambahbaikan yang telah disarankan oleh pihak auditor dapat diteruskan dan diambil perhatian demi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di fasiliti ini diberi penekanan yang serius selari dengan keperluan perundangan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Lawatan Audit Fasiliti Daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Bahagian Perubatan dan Unit Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar (KPAS) KKM
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 32253