-
-
-
-
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Pada 18 April 2025 Jumaat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menerima kunjungan rasmi daripada YBrs Dr. Jafanita, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Perubatan) (TPKN), bersama pasukannya dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang terdiri daripada Dr. Fadilla Norli Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan JKNP, Dr. Nadiah Puteri Ketua Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan JKNP, En. Wan Abdul Haris Ketua Jurutera Negeri JKNP dan Ts. Neksyabandi Jurutera Operasi Hospital Negeri (JOHN) Elektrik JKNP.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menilai tahap persediaan HoSHAS untuk menghadapi Penilaian Akreditasi MSQH Edisi ke-6 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 April 2025 ini. Sesi dimulakan dengan lawatan ke tempat - tempat yang telah menerima teguran dan pendapat sewaktu Mock Survey tempoh hari untuk melihat penambahbaikkan yang telah dilakukan.
Sesi Pagi diakhiri dengan lawatan ke Jabatan Patologi . Sepanjang sesi lawatan, pelbagai pandangan strategik dan cadangan penambahbaikan telah dikongsikan oleh YBrs TPKN dan pasukannya bagi memantapkan persediaan HoSHAS untuk menghadapi Akreditasi ini.
Pada sesi petang, YBrs TPKN turut menyertai Mesyuarat VCM dan PSH peringkat hospital yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital. Banyak isu antara pihak hospital dan konsesi yang dibincangkan. Beliau telah menyampaikan amanat serta cadangan penambahbaikan sebagai panduan dan sokongan kepada pihak hospital dan konsesi.
Kunjungan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen pihak JKNP dalam memantau dan menyokong hospital-hospital di bawah seliaannya , malah turut menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja untuk menghadapi Pengauditan Akreditasi ini.
Saya mewakili seluruh wargakerja HoSHAS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Jafanita & pasukannya yang sanggup meluangkan masa bersama-sama kami sepanjang hari ini untuk berkongsi ilmu dan cadangan penambahbaikkan bagi menghadapi Akreditasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang melibatkan Kejuruteraan dan syarikat konsesi kami.