Pada 24 Julai (Fasa pertama) dan 21 Ogos (Fasa kedua), satu penilaian iaitu Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan / Chemical Health Risk Assessment (CHRA) telah dilaksanakan di beberapa lokaliti yang menggunakan bahan kimia di tempat kerja seperti di Jabatan Kecemasan, Farmasi, Rehabilitasi, Patologi, Pergigian, Unit Hemodialisis, Forensik, CSSD, Dewan Bedah, RHU & Endoskopi.
Penilaian ini bertujuan untuk memperbaharui laporan CHRA yang telah dilaksanakan
pada tahun 2019. Penilaian ini perlu diperbaharui dalam tempoh 5 tahun mengikut Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain itu, ia juga adalah untuk memenuhi keperluan akreditasi MSQH demi memastikan risiko bahan kimia yang digunakan oleh pekerja adalah selamat dan sesuai berdasarkan langkah-langkah kawalan yang diambil.
Proses penilaian ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Occumed Consultancy Sdn Bhd dengan dipandu oleh Unit Kesihatan Awam HoSHAS. Proses penilaian ini juga turut disertai oleh Dr Kang Kiat Hong selaku Timbalan Pengarah Perubatan III dan Dr Nordiana Binti Rosli selaku Pakar Perubatan Kesihatan Awam HoSHAS. Semoga dengan penilaian ini, para pekerja dapat bekerja dengan selamat dan sihat demi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat.