Anugerah Pencapaian Terbaik Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan ( NHSI ) Tahun 2024

  • Jabatan / Unit
    HOSHAS
  • Tarikh
    25 February 2025
  • Hingga
    25 February 2025
  • Lokasi
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN ( NHSI ) TAHUN 2024

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ) telah dikurniakan Anugerah Pencapaian Terbaik Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) Tahun 2024 peringkat Bahagian Perubatan JKN Pahang.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato' Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), JKN Pahang kepada Dr Hajjah Nor Azlina Binti Abdul Aziz, Pengarah HoSHAS pada 25 Februari 2025.

Anugerah ini diberikan kerana HoSHAS telah berjaya melakukan saringan kesihatan bagi faktor risiko penyakit tidak berjangkit kepada 100% kakitangannya pada tahun 2024.

Program saringan ini amat penting dalam memastikan semua kakitangan HoSHAS yang berisiko mempunyai penyakit tidak berjangkit seperti tinggi kolesterol, kencing manis, darah tinggi dan jantung dapat dikesan awal seterusnya diberikan rawatan selanjutnya bagi mencegah komplikasi kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan HoSHAS yang diketuai oleh Puan Pengarah yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini yang mana ia merupakan salah satu KPI 100 Hari YB Menteri Kesihatan pada tahun 2024. Tahniah juga kepada Unit Kesihatan Awam HoSHAS selaku penyelaras program saringan ini


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Anugerah Pencapaian Terbaik Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan ( NHSI ) Tahun 2024
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19021