ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN ( NHSI ) TAHUN 2024
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ) telah dikurniakan Anugerah Pencapaian Terbaik Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) Tahun 2024 peringkat Bahagian Perubatan JKN Pahang.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato' Dr Wan Abdul Rahim Bin Wan Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), JKN Pahang kepada Dr Hajjah Nor Azlina Binti Abdul Aziz, Pengarah HoSHAS
pada 25 Februari 2025.
Anugerah ini diberikan kerana HoSHAS telah berjaya melakukan saringan kesihatan bagi faktor risiko penyakit tidak berjangkit kepada 100% kakitangannya pada tahun 2024.
Program saringan ini amat penting dalam memastikan semua kakitangan HoSHAS yang berisiko mempunyai penyakit tidak berjangkit seperti tinggi kolesterol, kencing manis, darah tinggi dan jantung dapat dikesan awal seterusnya diberikan rawatan selanjutnya bagi mencegah komplikasi kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan HoSHAS yang diketuai oleh Puan Pengarah yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini yang mana ia merupakan salah satu KPI 100 Hari YB Menteri Kesihatan pada tahun 2024. Tahniah juga kepada Unit Kesihatan Awam HoSHAS selaku penyelaras program saringan ini