Bengkel Infection Prevention & Control (IPC) Peringkat HoSHAS

  • Jabatan / Unit
    Klinikal HoSHAS
  • Tarikh
    19 August 2026
  • Hingga
    20 August 2026

BENGKEL INFECTION PREVENTION & CONTROL (IPC) PERINGKAT HoSHAS

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan keselamatan pesakit dan warga kerja melalui pelaksanaan Bengkel Infection Prevention & Control (IPC) Peringkat HoSHAS yang telah berlangsung selama dua hari, pada 19 dan 20 Ogos 2026.

Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Teratai dan Kiambang serta Ruang Legar Auditorium HoSHAS ini melibatkan penganjuran Bil. 3 dan Bil. 4, dengan penyertaan warga kerja daripada pelbagai disiplin klinikal.

Pada hari pertama, seramai 28 peserta yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan, jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) telah menyertai bengkel. Manakala pada hari kedua, seramai 32 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat, PPP dan pegawai farmasi turut mengambil bahagian.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkukuh pematuhan warga kerja terhadap amalan pencegahan dan kawalan infeksi, selaras dengan usaha berterusan HoSHAS dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti.

Menariknya, peserta didedahkan kepada pendekatan pembelajaran secara stesen OSCE yang merangkumi pelbagai modul berkaitan IPC. Konsep interaktif “Learning Through Fun” menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, praktikal dan bermakna, di samping memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran IPC dalam situasi tugasan harian.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua fasilitator dan peserta atas komitmen, kerjasama serta kesungguhan yang diberikan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh terus diterapkan dalam amalan seharian demi memastikan keselamatan pesakit, keselamatan warga kerja dan kualiti perkhidmatan HoSHAS sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bersama kita membudayakan IPC — setiap masa, setiap tempat, setiap warga kerja.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26822