Hari Pertama Bengkel Business Continuity Management System (BCMS)

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)
  • Tarikh
    27 July 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

27 Julai 2026 (Isnin) – Hari pertama Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah berlangsung dengan lancar menerusi pelbagai pengisian ilmiah dan aktiviti praktikal yang bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap pelaksanaan BCMS.

Sesi pagi dimulakan dengan Ceramah 1: BCMS Overview and Roadmap / Scenario yang disampaikan oleh Dr. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan I), Institut Kanser Negara. Seterusnya, peserta mengikuti Ceramah 2: Introduction of Business Impact Analysis (BIA) yang disampaikan oleh Dr. Nik Maryam binti Nik Ab. Rahman dari Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Pada sebelah petang, peserta meneruskan aktiviti berkumpulan yang memberi tumpuan kepada penyediaan Business Impact Analysis (BIA). Melalui bimbingan para fasilitator, peserta telah mengisi templat serta menyediakan dokumen BIA bagi organisasi masing-masing. Barisan fasilitator terdiri daripada Dr. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Dr. Nik Maryam binti Nik Ab. Rahman, Dr. Wan Zuraini, Dr. Raja Hazwani Aimi, Ir. Ts. Hilmi bin Abdullah, Encik Nor Asyraf bin Mohd. Jamal, dan Puan Noor Afidah binti Abd. Majid.

Program hari pertama berakhir pada jam 5.00 petang.

#HOSHAS
#JKNP
#Pahang1st



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26859