Karnival Katarak KKM HoSHAS 1.0

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Oftalmologi
  • Tarikh
    17 June 2025
  • Hingga
    19 June 2025
  • Lokasi
    HOSHAS

Subsidi Pembedahan Katarak Bagi Warga Emas Negeri Pahang 2025 adalah satu inisiatif kerajaan negeri bagi menyediakan pembedahan katarak percuma bagi rakyat di negeri ini dan penganjuran Karnival Pembedahan Katarak di Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukan RM 1 juta dalam belanjawan tahunan untuk tujuan tersebut.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah selaku penganjur Karnival Katarak KKM HoSHAS 1.0 telah berjaya melakukan 90 pembedahan katarak selama 3 hari iaitu dari 17-19 Jun 2025.

Seramai 8 orang Pakar Oftalmologi, 5 orang Pegawai Perubatan, 9 orang Pegawai Optometri dan 40 orang Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) HoSHAS terlibat dalam karnival kali ini.

Karnival ini telah berjaya memendekkan masa menunggu pembedahan katarak dari 4 bulan kepada hanya 3 minggu sahaja. Karnival ini akan diadakan sekali lagi pada 23-25 September 2025. Ini akan memberi manfaat kepada 180 orang Pesakit Katarak.
 
Sebagai tambahan, Jabatan Oftalmologi HoSHAS secara konsisten menjalankan 1300 hingga 1400 pembedahan katarak pada setiap tahun.

Kerajaan madani
Berkhidmat untuk Negara

Laporan disediakan oleh,
Dr Haizul Ikhwan Bin Murat
Ketua Jabatan Oftalmologi
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19232