Kursus Perlindungan Sinaran 2025 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Radiologi
  • Tarikh
    02 October 2025
  • Hingga
    02 October 2025
  • Lokasi
    Auditorium

Kursus Perlindungan Sinaran 2025 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bertemakan Smart Imaging, Safer Patient bertarikh 02 Oktober 2025 bertempat di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah anjuran Jabatan Radiologi HoSHAS dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUKES) dengan penyertaan seramai 126 orang peserta dari pelbagai Jabatan/ Unit di HoSHAS.

Kursus Perlindungan Sinaran 2025 melibatkan pegawai dan kakitangan dari pelbagai disiplin perubatan. Kursus merupakan Program Pendidikan Perubatan Secara Berterusan (CME) yang diiktiraf oleh pihak berkuasa KKM di bawah AKTA 304 untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi.

Pengiktirafan penuh telah diberikan bagi kursus ini yang mana memenuhi pengiktirafan 4 jam terkumpul tahunan sepertimana dinyatakan dalam Manual Pelaksanaan Program Jaminan Mutu (QAP) dalam perkhidmatan Radiologi yang ditetapkan di bawah AKTA 304 dan โ€œPekeliling Keperluan Tambahan Perlesenan di bawah AKTA 304 bagi Perkhidmatan Radiologi Dignostikโ€ yang masih berkuatkuasa sejak tahun 1999.


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus Perlindungan Sinaran 2025 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright ยฉ 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19021