Mock Survey Akreditasi MSQH Edisi 6

  • Jabatan / Unit
    HOSHAS
  • Tarikh
    25 November 2024
  • Hingga
    28 November 2024
  • Lokasi
    HOSHAS

Mock Survey Akreditasi MSQH Edisi 6, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(HoSHAS), Temerloh.

Pada 25-28 November 2024, HoSHAS telah menjalani Mock Survey Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) sebagai salah satu persiapan menghadapi pensijilan semula pada 28-30 April 2025. Penilaian ini melibatkan 49 Service Standard merangkumi seluruh kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh HoSHAS.

Antara objektif pensijilan Akreditasi MSQH adalah bagi menilai tahap perkhidmatan yang disediakan serta memastikan kepatuhan terhadap piawaian yang ditetapkan oleh MSQH. Penilaian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam usaha fasiliti untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, lebih berkualiti dan selamat kepada rakyat.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua surveyor yang diketuai oleh Dr Mohd Anis bin Haron dari Institut Kanser Negara(IKN) bersama 16 orang surveyor lain dari seluruh fasiliti kesihatan negeri Pahang. HoSHAS amat menghargai segala penemuan, teguran, pujian dan cadangan yang telah dikemukakan oleh para surveyor. Maklum balas yang diterima amat berharga dan akan dijadikan panduan untuk memperbaik serta meningkatkan mutu perkhidmatan HoSHAS di masa hadapan.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh kakitangan atas dedikasi dan usaha keras yang ditunjukkan dalam menjayakan mock survey akreditasi ini. Semoga HoSHAS dapat mengharungi pensijilan semula akreditasi MSQH yang akan datang dengan lebih cemerlang dan terbaik.

Sekalung penghargaan juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atas sokongan, dokongan dan panduan yang diberikan sepanjang proses ini.

Semoga HoSHAS lebih berjaya di masa hadapan.

Sarapan pagi di depan anjung,
Merenung indahnya sinar pagi,
Jasa dikenang budi disanjung,
Terima kasih, jumpa lagi.

Gunung tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

Pengarah Hospital,
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19368