Program Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Mingguan

  • Jabatan / Unit
    Hospital Mesra Ibadah
  • Tarikh
    22 January 2026
  • Hingga
    22 January 2026
  • Lokasi
    Pusat Islam HOSHAS

22 Januari 2026 (Jumaat) : Program Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Mingguan telah berlangsung dengan penuh tertib dan penghayatan di Pusat Islam HOSHAS serta secara atas talian (online) yang disertai oleh hampir 50 orang warga HOSHAS.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Ku, sekali gus menyatukan para hadirin dalam suasana tenang dan khusyuk, menghidupkan hubungan hati dengan al-Quran.
Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil, sebagai tanda penghambaan dan doa kepada Allah SWT, memohon keampunan buat diri, keluarga dan seluruh warga hospital termasuk pesakit sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Program kemudiannya diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh Dr. Amir Abdul Razak yang menumpukan kepada tadabbur ayat kedua Surah Yasin, mengajak para hadirin merenungi kemuliaan al-Quran sebagai sumber petunjuk dan peringatan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam mengharungi amanah dan cabaran sebagai warga kesihatan.

Turut hadir Dr. Hjh. Nor Azlina Binti Abdul Aziz Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bersama-sama kakitangan di dalam program ini.

Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan memberi kesan mendalam kepada para hadirin, sekali gus mengukuhkan nilai kerohanian, kebersamaan dan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan warga HOSHAS.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19224