Program Sahsiah dan Jati Diri 2.0 Jururawat HoSHAS

  • Jabatan / Unit
    Unit Kejururawatan dan Kelab Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
  • Tarikh
    05 November 2025
  • Hingga
    07 November 2025
  • Lokasi
    Eco Resort Lang Buana, Jerantut

Program Sahsiah & Jati Diri 2.0 Jururawat HoSHAS @ Eco Resort Lang Buana, Jerantut

Tarikh: 5โ€“7 November 2025 (Rabuโ€“Jumaat)
Tempat: Eco Resort Lang Buana, Jerantut, Pahang
Perasmi: Dr. Hajjah Nor Azlina binti Abd Aziz
Anjuran: Unit Kejururawatan dan Kelab Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)

Objektif Program ini bertujuan :
i. Memupuk jati diri, nilai murni dan etika profesional dalam kalangan jururawat.
ii. Mengukuhkan semangat kerjasama berpasukan serta komunikasi berkesan.
iii. Meningkatkan motivasi, disiplin dan rasa tanggungjawab terhadap tugas.
iv. Membentuk jururawat yang berintegriti, beretika dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hajjah Nor Azlina binti Abd Aziz, Pengarah HoSHAS, atas kesudian meluangkan masa bersama kami dan merasmikan program ini.

Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna serta menyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dan keikhlasan

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan daripada cabaran fizikal, refleksi jati diri hingga perkongsian motivasi yang menyentuh hati.

Semoga semangat yang terbina di Lang Buana ini terus mekar, menjadi inspirasi untuk terus berkhidmat dan memperkukuh nilai jati diri dalam setiap langkah kita.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright ยฉ 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :03/04/2026 Total Visitors : 19224