BENGKEL FALL PREVENTION & INTERVENTION SIRI 2/2026 PERINGKAT HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HoSHAS)
Temerloh, 13 Oktober 2026: Satu Bengkel Fall Prevention & Intervention Siri 2/2026 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Fall Intervention Team (FIT) HoSHAS.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pencegahan jatuh dan penjagaan pesakit setelah jatuh.
Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Teratai/Kiambang dan Ruang Legar Auditorium Bakawali HoSHAS ini telah dirasmikan oleh Dr Dewi Juita Sirimanne, Pakar Perubatan Geriatrik yang juga Pengerusi FIT.
Bengkel Siri 2 pada kali ini mensasarkan Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dari Pesakit Luar (Outpatient Department) serta turut dihadiri oleh Juru X-ray.
Ceramah pada sesi pagi telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa FIT yang terdiri daripada:
1. Doktor
2. Jururawat
3. Pegawai Farmasi
4. Pegawai Fisioterapi
5. Jurupulih Cara Kerja
6. Pegawai Dietetik
Pada sebelah petang, para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menjalani sesi selama 10 minit di 6 stesen.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama Ahli Jawatankuasa FIT HoSHAS atas penganjuran bengkel ini. Semoga peserta bengkel mendapat ilmu berkaitan pencegahan jatuh dan dapat mengaplikasikan ilmu tersebut di jabatan masing-masing demi keselamatan pesakit di HoSHAS.