Program Pembedahan Katarak Untuk Rakyat Negeri Pahang 2024 adalah satu inisiatif kerajaan negeri bagi menyediakan pembedahan katarak percuma bagi rakyat di negeri ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang @
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah selaku penganjur Karnival Katarak KKM HoSHAS 2.0 telah berjaya melakukan 90 pembedahan katarak selama 3 hari iaitu dari 27 hingga 29 Ogos 2024.
Sebanyak 54 orang pesakit menerima bantuan kanta intraokular dari kerajaan negeri manakala baki adalah penerima kanta intraokular dari skim peka b40 dan pesara oleh JPA.
Seramai 7 orang pakar oftalmologi, 11 orang pegawai perubatan, 6 orang pegawai optometri dan 40 orang jururawat, penolong pegawai perubatan (PPP) dan pembantu perawatan kesihatan (PPK) HoSHAS terlibat dalam karnival kali ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri juga telah menaja makanan dan minuman kepada semua kakitangan dan pesakit yg terlibat.
Karnival ini telah berjaya memendekkan masa menunggu pembedahan katarak dari 3 bulan kepada hanya 3 minggu sahaja.
Karnival ini akan diadakan sebanyak 2 kali pada bulan april dan ogos setiap tahun.
Ini akan memberi manfaat kepada 180 orang pesakit katarak.
Sebagai tambahan, Jabatan Oftalmologi HoSHAS secara konsisten menjalankan 1200 hingga 1300 pembedahan katarak pada setiap tahun
Kerajaan madani.
Berkhidmat untuk Negara
Dr Haizul Ikhwan Bin Murat
Ketua Jabatan Oftalmologi
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang