Program Family Fun Walk & Run dan Pertandingan Senamrobik Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 2026

  • Jabatan / Unit
    Kelab Jururawat HoSHAS
  • Tarikh
    14 Februari 2026
  • Hingga
    14 Februari 2026
  • Lokasi
    Ruang Legar Rehabilitasi

Program Family Fun Walk & Run dan Pertandingan Senamrobik Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 2026 anjuran Kelab Jururawat HoSHAS dengan kerjasama Unit Kejururawatan HoSHAS

Program yang bertemakan โ€œKebangkitan Zombi Kampung Pisangโ€ berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 14 Februari 2026 di Ruang Legar Rehabilitasi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Penyertaan ini melibatkan warga HoSHAS bersama ahli keluarga. Dianggarkan lebih kurang 200 orang peserta yang menyertai program ini . Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz.

Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga hospital serta keluarga, memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dalam suasana yang ceria dan harmoni.

Program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti fun walk, larian sejauh 5 kilometer dan juga pertandingan senamrobik antara jabatan .

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Jururawat HoSHAS serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan program ini berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah diucapkan.

#jururawatHoSHAS
#serbaBoleh


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Program Family Fun Walk & Run dan Pertandingan Senamrobik Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 2026
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara ยฉ 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19235