Pada 2 Februari 2026, Isnin, Jabatan Otorinolaringologi (ORL) HoSHAS bekerjasama dengan Hospital Bera menjayakan Program Kem Kesihatan bersempena sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2026 bertempat di Tapak Ramsar Tasik Bera. Program disertai oleh Pakar ORL, Pegawai Perubatan dan Pegawai Audiologis HoSHAS.
Kem Kesihatan ini memberi fokus kepada kesihatan telinga di kalangan Orang Asli dimana saringan pendengaran dan pemeriksaan telinga dijalankan. Penduduk yang didapati mengalami masalah pendengaran akan terus dirujuk ke HoSHAS untuk rawatan lanjut.
Tahniah Jabatan ORL HoSHAS. Semoga kerjasama ini memberi kebaikan kepada warga Bera, Pahang.