Program Pengenalan Asas Memanah Tradisional

  • Jabatan / Unit
    Kelab Jururawat HOSHAS dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Kempas (KMTK)
  • Tarikh
    05 Oktober 2025
  • Hingga
    05 Oktober 2025
  • Lokasi
    Lapang Sasar Kempas

Program Pengenalan Asas Memanah Tradisional Anjuran Kelab Jururawat HoSHAS

5 Oktober 2025 (Ahad) ; Kelab Jururawat HOSHAS dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Kempas (KMTK) telah menganjurkan Program Pengenalan Asas Memanah Tradisional bertempat di Lapang Sasar Kempas.

Program ini bertujuan meningkatkan fokus, ketenangan dan ketepatan dalam membuat keputusan, selaras dengan keperluan profesion kejururawatan. Ia juga memberi penekanan kepada nilai sabar, disiplin, kerjasama dan ketahanan mental dalam menghadapi tugasan harian, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Peserta didedahkan kepada teori asas, latihan praktikal dan mini game yang menyeronokkan, sekaligus memberi peluang merasai pengalaman sukan sunnah ini.
Memanah merupakan antara aktiviti yang dianjurkan dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:
"Ajarlah anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda."
(Riwayat al-Baihaqi)

Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Nur Azlina Binti Mohammad Hashim, Timbalan Pengarah (Perubatan) I dan Puan Zarinah Binti Man, Ketua Unit Kejururawatan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen. Semoga semangat sukan sunnah ini terus diterapkan sebagai amal yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19365