Sesi Lawatan Kerja dan Mesyuarat bersama Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan HoSHAS
  • Tarikh
    10 November 2025
  • Hingga
    10 November 2025
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Sesi Lawatan Kerja dan Mesyuarat Status Terkini Sistem RIS/PACS serta Permohonan Naik Taraf di bawah Peruntukan RMKe-13 bersama YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

10 November 2025 (Isnin) ; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mempengerusikan Mesyuarat Status Terkini Sistem RIS/PACS HoSHAS serta membincangkan Permohonan Naik Taraf Sistem RIS/PACS di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13.

Selesai sesi taklimat, YBrs. Dr. turut mengambil kesempatan untuk melawat 16 wad dari aras 5 ke aras 9 termasuk wad Kenanga 1,2,3,4,5,6,7,8,9,11,12, Melur 1,2, Bunga Raya 1A,IB dan 2A. Sepanjang lawatan, beliau telah memberi pelbagai pandangan, cadangan dan input penambahbaikan yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Ismayati binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital HoSHAS, Dr. Nur Azlina binti Mohammad Hashim , Timbalan Pengarah (Perubatan) I, Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Dr. Khatrulnada binti Md Saad, Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Mohd Rahimi Sabri bin Riyadzi, Ketua Penolong Pengarah Sumber Perubatan, Puan Norul Suhaliana Binti Abdul Halim, Penolong Pengarah Kanan (Teknologi Maklumat), Ketua Unit dan kakitangan Teknologi Maklumat dan Syarikat Vendor Strateq.

Pihak HoSHAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan dan komitmen YBrs. Dr. serta semua yang hadir dalam usaha menambah baik sistem perkhidmatan hospital demi kesejahteraan pesakit dan warga kerja.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19235