Lawatan Hormat YDP Majlis Perbandaran Temerloh & Agihan 100 Naskhah Al-Quran di HOSHAS

  • Jabatan / Unit
    Majlis Perbandaran Temerloh
  • Tarikh
    09 Mac 2026
  • Hingga
    09 Mac 2026
  • Lokasi
    Wad-wad dan Pusat Islam

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik.

Kunjungan ini diketuai oleh Yang Dipertua MPT, Tuan Rizal bin Mustafa, bersama seramai 15 wakil pihak MPT serta Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Hospital, Dr. Hajjah Nor Azlina Binti Abdul Aziz, turut mengalu-alukan kunjungan pihak MPT serta merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan. Kunjungan ini diharap dapat mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara HOSHAS dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Sempena sambutan Nuzul Al-Quran, sebanyak 100 naskhah Al-Quran serta buah kurma telah disumbangkan ke wad-wad dan surau hospital bagi kegunaan pesakit, waris serta warga kerja HOSHAS yang beragama Islam.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Lawatan Hormat YDP Majlis Perbandaran Temerloh & Agihan 100 Naskhah Al-Quran di HOSHAS
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19024