Perkhidmatan Rawatan dan Perubatan Pakar

Perkhidmatan rawatan pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, adalah khusus untuk pesakit yang mempunyai temujanji untul rawatan susulan apabila keluar dari wad. Pesakit-pesakit untuk rawatan pakar juga adalah berdasarkan rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan, klinik-klinik swasta setempat dan rujukan dari hospital daerah berhampiran.

Selain itu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah juga menangani kes-kes kecemasan (kemalangan) & trauma (keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan dll) di Jabatan Kecemasan & Trauma.

Orang ramai yang tidak mempunyai temujanji atau rujukan, disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan doktor di klinik-klinik berhampiran agar rujukan ke hospital boleh dibuat. Pesakit "walk-in: tanpa temujanji tidak digalakkan.

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan dan perubatan pakar. Berikut adalah 12 perkhidmatan kepakaran yang terdapat di HoSHAS, Temerloh :
  1. Perubatan Am
  2. Pembedahan Am
  3. Orthopedik (Tulang)
  4. Obstetrik dan Ginekologi (Sakit Puan & Kelahiran)
  5. Pediatrik (Kanak-kanak)
  6. Anaetesiologi (Bius)
  7. Kecemasan dan Trauma
  8. Psikiatri dan Kesihatan Mental
  9. Oftalmologi (Mata & Penglihatan)
  10. Otorinolaringologi (Telinga, Hidung, Tekak) 
  11. Bedah Mulut dan Maksilofasial
  12. Pergigian Pediatrik
Sub kepakaran :
  1. Endokrinologi
  2. Neonatologi
  3. Nefrologi
  4. Rheumatologi
  5. Respiratori
  6. Geriatrik
Perkhidmatan Sokongan :
  1. Perubatan Rehabilitasi (Fisiologi / Carakerja)
  2. Farmasi
  3. Kerja Sosial Perubatan
  4. Dietetik dan Sajian
  5. Pendidikan Kesihatan
  6. Rekod Perubatan
  7. Patologi (Makmal Ujian Perubatan)
  8. Radiologi (X-Ray & Pengimejan)
  9. Perubatan Forensik
  10. Kualiti, Keselamatan Pesakit dan Penyelidikan
  11. Kesihatan Awam
  12. Bekalan Bahan Steril (CSSD)
  13. Kawalan Infeksi
  14. Medikolegal dan Etika Perubatan
  15. Kluster
  16. Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan
  17. Penyeliaan Kejururawatan

Pengurusan :

   1.  Pentadbiran Am
   2. Kewangan, Akaun dan Hasil
   3. Sumber Manusia, Kompetensi dan Latihan
   4. Pembangunan, Perolehan dan Penswastaan
   5. Teknologi Maklumat 
   6. Pengurusan Aset
   7.  Keselamatan
   8. Perhubungan Awam
   9. Kejuruteraan
 10. Psikologi dan Kaunseling
  11. Hal Ehwal Islam

Fasiliti perubatan yang disediakan

650 KATIL 08012025
Tarikh kemaskini jumlah katil : 08 Januari 2025
  • Last updated on .
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 24117