Perhimpunan Pagi Khas Bulan Kemerdekaan

  • Jabatan / Unit
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
  • Tarikh
    06 Ogos 2025
  • Hingga
    06 Ogos 2025
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Perhimpunan Pagi Anjuran Bahagian Pengurusan,Jabatan Rekod Perubatan dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pada 6 Ogos 2025 (Rabu) 

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) terus menyemarakkan semangat patriotik menerusi Perhimpunan Pagi Khas Bulan Kemerdekaan yang berlangsung penuh semangat dan warna-warni. Bertemakan "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni", program ini menghimpunkan seluruh warga kerja HOSHAS dalam satu suasana yang penuh rasa cinta kepada negara.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, diikuti dengan amanat dan laungan kemerdekaan oleh Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz Pengarah Hospital, yang menyentuh tentang pentingnya penghayatan nilai kemerdekaan dalam menyemai integriti, profesionalisme dan semangat berpasukan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj khas bertemakan Malaysia Madani, yang menggambarkan aspirasi negara dalam membina masyarakat berdaya tahan dan harmoni.

Bagi memeriahkan suasana, sesi โ€˜Kahoot! Merdekaโ€™ telah diadakan dan mendapat sambutan hangat warga kerja HOSHAS. Soalan-soalan menarik berkaitan sejarah kemerdekaan berjaya mencetuskan persaingan sihat dan gelak tawa yang menyatukan semua lapisan kakitangan.
Acara kemuncak adalah persembahan penuh semangat daripada Kumpulan Koir Warisan, yang merupakan gabungan istimewa warga Bahagian Pengurusan, Jabatan Rekod Perubatan dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HOSHAS. Persembahan lagu-lagu patriotik yang dipersembahkan berjaya menghidupkan jiwa kemerdekaan dalam kalangan hadirin.

Perhimpunan ini bukan sekadar pertemuan bulanan, tetapi menjadi simbol kesatuan dan kecintaan terhadap tanah air, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga HOSHAS untuk terus berbakti kepada rakyat.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara ยฉ 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19365