Majlis Penyampaian Baucar Apresiasi Pahang 1st di Peringkat Daerah Temerloh kepada Petugas Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    20 Oktober 2026
  • Hingga
    20 Oktober 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCAR APRESIASI PAHANG 1ST PERINGKAT DAERAH TEMERLOH KEPADA PETUGAS KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG TAHUN 2026

Temerloh, 20 Oktober 2026: Majlis Penyampaian Baucar Apresiasi Pahang 1st di Peringkat Daerah Temerloh kepada Petugas Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna di Auditorium Bakawali, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Penganjuran majlis ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa, pengorbanan serta komitmen warga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang sentiasa mencurahkan bakti dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Seramai 2218 orang penerima daripada tiga institusi kesihatan di daerah Temerloh telah menerima Baucar Apresiasi Pahang 1st, melibatkan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) seramai 1557 penerima, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh seramai 492 penerima dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Temerloh 169 penerima

Inisiatif ini bukan sahaja menjadi penghargaan atas dedikasi para petugas kesihatan, malah mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan Kerajaan Negeri Pahang terhadap warga sektor kesihatan yang sentiasa komited dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat.

Majlis turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan meningkatkan motivasi dalam kalangan petugas kesihatan agar terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.

Semoga penghargaan yang diberikan melalui Baucar Apresiasi Pahang 1st ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Majlis Penyampaian Baucar Apresiasi Pahang 1st di Peringkat Daerah Temerloh kepada Petugas Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 26/10/2026 Jumlah Pelawat : 361165