ππ ππ π¨π¬ ππππ (ππ‘ππ¦π’π¬) β Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) mengucapkan terima kasih atas penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Temerloh dalam sesi libat urus yang telah diadakan di Bilik Persidangan Anggerik, HoSHAS.
Sesi ini melibatkan kehadiran ACP Mohd Nasyim bin Hj Bahron, Ketua Polis Daerah Temerloh bersama barisan pegawai dan anggota PDRM, serta pihak pengurusan tertinggi dan Ketua Jabatan HoSHAS.
Perjumpaan ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara HoSHAS dan PDRM, khususnya dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkemas penyelarasan tindakan serta memperkukuh pengurusan aspek keselamatan, kesihatan awam, penguatkuasaan undang-undang dan respons terhadap situasi kecemasan.
Sesi libat urus dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan I), dan dimulakan dengan sesi suai kenal antara pegawai PDRM bersama pengurusan serta Ketua Jabatan HoSHAS.
Sesi libat urus ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan serta memperkukuh persefahaman antara PDRM dan HoSHAS. Kerjasama yang terjalin diharapkan dapat terus diperkasakan bagi memastikan aspek keselamatan, kesejahteraan pesakit, warga kerja serta komuniti sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam menghadapi sebarang situasi yang memerlukan tindakan dan penyelarasan bersama.