Aktiviti Kemerdekaan “Hidup Segar, Negaraku”

  • Jabatan / Unit
    Kelab Jururawat Hospital sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
  • Tarikh
    08 Ogos 2026
  • Hingga
    08 Ogos 2026
  • Lokasi
    Ruang Legar Jabatan Rehabilitasi HOSHAS.

8 Ogos 2026 (Sabtu) – Kelab Jururawat Hospital sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dengan jayanya telah menganjurkan Aktiviti Kemerdekaan bertemakan “Hidup Segar, Negaraku” bertempat di Ruang Legar Jabatan Rehabilitasi HOSHAS.

Program berlangsung dengan meriah menerusi pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen kecergasan, patriotisme, kreativiti dan kemasyarakatan.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Fun Run yang disertai 130 peserta, pertandingan mewarna dengan 30 peserta, pertandingan nyanyian tema patriotik melibatkan 6 peserta solo dan 3 kumpulan, peragaan pakaian kanak-kanak dan dewasa masing-masing melibatkan 15 dan 4 peserta, serta 5 booth jabatan dan 1 booth jualan prelove oleh jururawat. Turut diadakan Jualan Rahmah dan program derma darah sebagai sebahagian daripada pengisian program.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Pengurusan I) yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menambahkan lagi keceriaan dan keterujaan para peserta. Turut bersama untuk memeriahkan program adalah KPJH HoSHAS PJ Nor Akmar Hayati bt Abdul Kadir dan semua penyelia jururawat HoSHAS

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen warga HOSHAS yang hadir dan bersama-sama menjayakan program tersebut.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta jutaan terima kasih kepada seluruh peserta, Kelab Jururawat HOSHAS, jawatankuasa penganjur dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga program sebegini terus menjadi wadah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat patriotisme dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga HOSHAS.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26954