Kunjungan hormat daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Jabatan / Unit
  • Tarikh
    20 Julai 2026
  • Lokasi
    Bilik Persidangan Anggerik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

20 Julai 2026 (Isnin) - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menerima kunjungan hormat daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Berkaitan Latihan Klinikal Pelajar bertempat di Bilik Persidangan Anggerik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Mazlina Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan) I HoSHAS. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan HoSHAS serta delegasi FPSK USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Razrim Rahim, Dekan FPSK USIM, bersama tujuh (7) orang delegasi lain.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan serta menyelaras pelaksanaan latihan klinikal pelajar FPSK USIM di HoSHAS, merangkumi aspek penempatan pelajar, penyeliaan klinikal dan pengukuhan kerjasama antara kedua-dua institusi.

Diharapkan perbincangan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara HoSHAS dan USIM dalam melahirkan graduan bidang kesihatan yang kompeten, berintegriti dan bersedia memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kunjungan hormat daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26954