Kunjungan Jawatankuasa HMI Hospital Bentong ke HOSHAS
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Jawatankuasa HMI Hospital Bentong pada hari ini sebagai sebahagian daripada persediaan mereka menghadapi Audit Persijilan HMI pada September 2026 kerana HOSHAS merupakan hospital pertama di Pahang mendapat persijilan HMI diikuti Hospital Bera dan Hospital Bentong menuju yang ketiga.
Pengarah Hospital Dr Hajjah Nor Azlina Binti Abdul Aziz turut menyampaikan ucapan aluan dan memberi kata-kata semangat kepada delegasi untuk persediaan menghadapi audit.
Lawatan ini jua merangkumi sesi perkongsian pelaksanaan amalan terbaik HMI serta lawatan ke beberapa unit terlibat di HOSHAS. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi rujukan berguna buat Hospital Bentong dalam memperkukuh pelaksanaan HMI di fasiliti mereka.
Pihak HOSHAS mengucapkan terima kasih atas kunjungan ini dan mendoakan kejayaan Hospital Bentong dalam usaha mendapatkan pensijilan HMI.