Kursus Kesejahteraan Literasi Kewangan Siri 2.0: Bijak Wang, Sejahtera Minda

  • Jabatan / Unit
    Unit Psikologi dan Kaunseling
  • Tarikh
    10 September 2026
  • Hingga
    11 September 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Orkid Tanjung

KURSUS KESEJAHTERAAN LITERASI KEWANGAN SIRI 2.0: BIJAK WANG, SEJAHTERA MINDA

Temerloh, 11 September 2026 – Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menganjurkan Kursus Kesejahteraan Literasi Kewangan Siri 2.0: Bijak Wang, Sejahtera Minda Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Tahun 2026 selama dua hari pada 10 hingga 11 September 2026, bertempat di Bilik Seminar Orkid Tanjung, HoSHAS.

Program ini telah menghimpunkan seramai 80 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan dan unit di HoSHAS, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serta Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian Daerah sekitar Pahang Tengah.

Berteraskan konsep “Bijak Wang, Sejahtera Minda”, program memberi penekanan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus kewangan peribadi secara lebih terancang, di samping meningkatkan kesedaran terhadap risiko kewangan yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan diri, keluarga dan kerjaya.

Sepanjang dua hari program, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting merangkumi kedudukan kewangan peribadi, tatakelakuan penjawat awam berkaitan keterhutangan kewangan serius, insolvensi dan risiko kebankrapan, pencegahan scam, perlindungan insurans/takaful, simpanan dan pelaburan, persediaan persaraan, simpanan pendidikan serta simpanan emas. Program diakhiri dengan slot “Kewangan Terurus, Minda Sejahtera” yang menghubungkan pengurusan kewangan yang sihat dengan kesejahteraan psikologi dan kualiti kehidupan.

Menambahkan lagi nilai program, Karnival Kewangan turut diadakan dengan penglibatan pelbagai agensi dan organisasi iaitu PTPTN, ASNB, KWSP, CEUPACS Care, Public Gold, Jabatan Insolvensi Malaysia dan YAPEIM. Kehadiran reruai ini memberi peluang kepada warga HoSHAS untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan konsultasi secara terus berkaitan perkhidmatan serta pengurusan kewangan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat membudayakan amalan kewangan yang lebih sihat dalam kalangan warga kerja melalui pendekatan:

KENALI KEWANGAN PERIBADI → FAHAMI PERATURAN → KESAN AMARAN & RISIKO → DAPATKAN BANTUAN → BINA PELAN

Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih bijak dalam mengurus kewangan, seterusnya membantu membina kehidupan dan kerjaya yang lebih sejahtera.

Bijak Mengurus, Tenang Meniti Kehidupan.
Bijak Wang, Sejahtera Minda.

#BijakWangSejahteraMinda #LiterasiKewangan #KesejahteraanKewangan #KesejahteraanMinda #HoSHAS #JKNP #UnitPsikologiKaunseling #Pahang1st


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus Kesejahteraan Literasi Kewangan Siri 2.0: Bijak Wang, Sejahtera Minda
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 16/10/2026 Jumlah Pelawat : 286306