“Kepimpinan yang hadir meninjau secara dekat membolehkan setiap keperluan dikenal pasti dengan lebih jelas, setiap cabaran difahami dengan lebih mendalam, dan setiap penambahbaikan dilaksanakan dengan lebih berkesan.”
Usai menghadiri Majlis Perasmian Karnival Katarak HOSHAS 1.0 dan Program Subsidi Pembedahan Katarak Warga Emas Negeri Pahang, YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah meneruskan lawatan fasiliti di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan sedia ada, menilai keperluan semasa fasiliti serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung aspek penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital ini.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan sentiasa berkualiti, efisien dan responsif terhadap keperluan pesakit serta warga kerja kesihatan.
#HOSHAS
#JKNP
#Pahang1st