Satu Bengkel Fall Prevention & Intervention Siri 2/2026 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa Fall Intervention Team (FIT) HoSHAS.
  • Tarikh
    13 Oktober 2026
  • Hingga
    13 Oktober 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Teratai/Kiambang dan Ruang Legar Auditorium Bakawali HoSHAS

BENGKEL FALL PREVENTION & INTERVENTION SIRI 2/2026 PERINGKAT HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HoSHAS)

Temerloh, 13 Oktober 2026: Satu Bengkel Fall Prevention & Intervention Siri 2/2026 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Fall Intervention Team (FIT) HoSHAS.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pencegahan jatuh dan penjagaan pesakit setelah jatuh.

Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Teratai/Kiambang dan Ruang Legar Auditorium Bakawali HoSHAS ini telah dirasmikan oleh Dr Dewi Juita Sirimanne, Pakar Perubatan Geriatrik yang juga Pengerusi FIT.

Bengkel Siri 2 pada kali ini mensasarkan Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dari Pesakit Luar (Outpatient Department) serta turut dihadiri oleh Juru X-ray.

Ceramah pada sesi pagi telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa FIT yang terdiri daripada:
1. Doktor
2. Jururawat
3. Pegawai Farmasi
4. Pegawai Fisioterapi
5. Jurupulih Cara Kerja
6. Pegawai Dietetik

Pada sebelah petang, para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menjalani sesi selama 10 minit di 6 stesen.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama Ahli Jawatankuasa FIT HoSHAS atas penganjuran bengkel ini. Semoga peserta bengkel mendapat ilmu berkaitan pencegahan jatuh dan dapat mengaplikasikan ilmu tersebut di jabatan masing-masing demi keselamatan pesakit di HoSHAS.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Satu Bengkel Fall Prevention & Intervention Siri 2/2026 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 26/10/2026 Jumlah Pelawat : 319113