Majlis Perasmian Penutup Karnival Katarak Kementerian Kesihatan Malaysian (KKKKM) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 1.0

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Oftalmologi dengan kerjasama Unit Pentadbiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
  • Tarikh
  • Hingga
    17 Disember 2030

25 Jun 2026 (Khamis) – Jabatan Oftalmologi dengan kerjasama Unit Pentadbiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjadi tuan rumah Majlis Perasmian Penutup Karnival Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKKKM) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 1.0 di bawah Program Subsidi Pembedahan Katarak Warga Emas Negeri Pahang 2026.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang sebagai kemuncak kepada Karnival Katarak HoSHAS 1.0 yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun 2026.
Sepanjang karnival berlangsung, sebanyak 90 pembedahan katarak berjaya dilaksanakan hasil komitmen dan kerjasama erat pasukan perubatan yang terdiri daripada 7 pakar oftalmologi, 8 pegawai perubatan serta lebih 55 anggota sokongan, melibatkan jururawat, pegawai farmasi, pegawai optometri, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan pembantu tadbir.

Dalam ucapan beliau, YB Dato’ Sabariah Saidan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa hadapan bagi memastikan lebih ramai warga emas memperoleh manfaat rawatan yang berkualiti.

Menurut beliau, program subsidi pembedahan katarak ini bukan sahaja membantu memulihkan penglihatan warga emas, malah memberi peluang kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti, berdikari dan sejahtera. Beliau turut menegaskan bahawa hasil pendapatan negeri perlu terus dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian plak penghargaan dan cenderamata kepada lebih 30 pesakit yang menerima manfaat melalui Subsidi Pembedahan Katarak di bawah Inisiatif Makmur Pahang, sebagai simbolik kejayaan program ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan Bin Haji Shariff, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang; YBhg. Dato’ Wan Salman bin Wan Ismail, Pengarah Setara Unit Perancangan, Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang; Tuan Khairul Amri bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang; Pn Nor Azlina Irdawaty Binti Md Tahir, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang; Dr Fadilla Norli Binti Muhamad, Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan JKNP; Encik Mohd Azly bin Dato’ Indera Haji Norzan, Penyelaras Dun Kuala Semantan; Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubahan II HoSHAS dan Dr. Haizul Ikhwan bin Murat, Ketua Jabatan Oftalmologi HoSHAS.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Majlis Perasmian Penutup Karnival Katarak Kementerian Kesihatan Malaysian (KKKKM) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah 1.0
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 07/07/2026 Jumlah Pelawat : 31046