MAJLIS SEMARAK KASIH LAMBAIAN BUDI SEMPENA PERSARAAN ANGGOTA KEJURURAWATAN HOSHAS
Majlis persaraan kejururawatan telah diadakan bagi meraikan anggota kejururawatan yang bakal menamatkan perkhidmatan pada penghujung Januari 2026.Majlis telah diadakan pada 27 Januari 2026 bermula jam 8:00 malam hingga 11:00 malam bertempat di Astana Hall, Hotel Green Park, Temerloh.
Anggota yang diraikan terdiri daripada PJ Salmah binti Salleh, Penyelia Jururawat U9 yang menjaga Direktorat Peripheral, Jamilah binti Sudin, Jururawat U6 TBK (Jabatan Kecemasan dan Trauma) dan Dayang binti Hasim, Jururawat U6 TBK yang bertugas di Wad Kenanga 14.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah Dr. Hajjah Nor Azlina bt Abdul Aziz dan pengurusan tertinggi HOSHAS di atas kehadiran mereka meraikan anggota kejururawatan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat merealisasikan majlis ini. Begitu juga semua anggota kejururawatan yang sudi melapangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.