Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Pekerja / Chemical Health Risk Assessment (CHRA)

  • Jabatan / Unit
    Kesihatan Awam, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Tarikh
    24 Julai 2024
  • Hingga
    21 Ogos 2024
  • Lokasi
    Jabatan Patologi, Jabatan Farmasi, Unit Perubatan Forensik, RHU, Unit Hemodialisis, Jabatan Pergigian, Jabatan Kecemasan, Unit CSSD, Unit Endoskopi, Dewan Bedah dan Jabatan Rehabilitasi

Pada 24 Julai (Fasa pertama) dan 21 Ogos (Fasa kedua), satu penilaian iaitu Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan / Chemical Health Risk Assessment (CHRA) telah dilaksanakan di beberapa lokaliti yang menggunakan bahan kimia di tempat kerja seperti di Jabatan Kecemasan, Farmasi, Rehabilitasi, Patologi, Pergigian, Unit Hemodialisis, Forensik, CSSD, Dewan Bedah, RHU & Endoskopi.

Penilaian ini bertujuan untuk memperbaharui laporan CHRA yang telah dilaksanakan pada tahun 2019. Penilaian ini perlu diperbaharui dalam tempoh 5 tahun mengikut Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain itu, ia juga adalah untuk memenuhi keperluan akreditasi MSQH demi memastikan risiko bahan kimia yang digunakan oleh pekerja adalah selamat dan sesuai berdasarkan langkah-langkah kawalan yang diambil.

Proses penilaian ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Occumed Consultancy Sdn Bhd dengan dipandu oleh Unit Kesihatan Awam HoSHAS. Proses penilaian ini juga turut disertai oleh Dr Kang Kiat Hong selaku Timbalan Pengarah Perubatan III dan Dr Nordiana Binti Rosli selaku Pakar Perubatan Kesihatan Awam HoSHAS. Semoga dengan penilaian ini, para pekerja dapat bekerja dengan selamat dan sihat demi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Pekerja / Chemical Health Risk Assessment (CHRA)
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19235