Penutup Bengkel Business Continuity Management System (BCMS)

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)
  • Tarikh
    29 Julai 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

29 Julai 2026 (Rabu) – Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung selama tiga hari telah melabuhkan tirai dengan majlis penutup yang diadakan di Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr. Jafarnita binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKNP. Dalam ucapan, beliau menekankan bahawa kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi krisis sama ada melibatkan bencana alam, gangguan utiliti, kegagalan sistem ICT mahupun ancaman siber bergantung kepada sejauh mana pelan kontingensi difahami dan dilaksanakan oleh seluruh warga hospital serta fasiliti kesihatan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penceramah serta fasilitator atas kepakaran, perkongsian ilmu yang bernilai dan komitmen tinggi sepanjang bengkel berlangsung.

Turut hadir ialah Ir. Ts. Hilmi bin Abdullah, Jurutera Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM; Dr. Nurul Nadiah Puteri binti Abd Rahim, Ketua Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal, JKNP; Encik Hazlan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Pengurusan HoSHAS; Dr. Raja Hazwani Aimi binti Raja Mukhtar, Ketua Unit Pengurusan Perubatan IKN; Dr. Wan Zuraini binti Mahrawi, Ketua Unit Pengurusan Risiko Pesakit dan Survelan IKN; Dr. Nik Maryam binti Nik Abdul Rahman, Ketua Unit Kesihatan Awam, Hospital Tanah Merah; Encik Nor Asyraf bin Mohd Jamal, Jurutera Awam; serta Puan Noor Afidah Abd Majid, Pegawai Sains Mikrobiologi, Pusat Darah Negara.

Penganjuran bengkel selama tiga hari ini telah berjaya memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta berkaitan pelaksanaan Business Continuity Management System (BCMS), penyediaan Business Impact Analysis (BIA), Risk Assessment and Registry (RAR) serta Business Continuity Plan (BCP).

Diharapkan segala ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diaplikasikan di hospital serta fasiliti kesihatan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi sebarang krisis, sekali gus memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, berdaya tahan dan berkualiti.

#HOSHAS

#JKNP

#Pahang1st



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26859