Program Ziarah Prihatin Karnival Pengukuhan Institusi Keluarga Islam (USRATI) Peringkat Negeri Pahang 2026

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    21 Ogos 2026
  • Hingga
    21 Ogos 2026

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA KARNIVAL PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA ISLAM (USRATI) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sempena Program Ziarah Prihatin Karnival Pengukuhan Institusi Keluarga Islam (USRATI) Peringkat Negeri Pahang 2026 pada 21 Ogos 2026.

Program yang berlangsung di Unit Hemodialisis HoSHAS ini bertujuan menyantuni pesakit yang sedang menjalani rawatan, di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pesakit serta keluarga.

Rombongan diketuai oleh Timbalan Qadhi Daerah Temerloh, Al-Fadhil Ustaz Afif Aisar bin Ahmad, bersama wakil MUIP Temerloh, Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP serta 14 orang staf sokongan.

Rombongan turut disambut oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, bersama Timbalan Pengarah Perubatan I yang menanggung tugas Pengarah Hospital, Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HoSHAS serta warga Unit Hemodialisis.

Seramai 30 orang pesakit disantuni melalui sesi ziarah, ramah mesra dan penyampaian sumbangan khas, termasuk sumbangan zakat. Inisiatif ini bukan sahaja menyentuh aspek kebajikan, malah membawa mesej kasih sayang, sokongan dan kekuatan moral kepada pesakit yang sedang melalui cabaran kesihatan.
HoSHAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JAIP, PAID Temerloh dan MUIP atas keprihatinan serta kesudian bersama-sama menyantuni pesakit.

Program ini mencerminkan semangat ta‘awun — saling membantu dalam kebajikan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi agama dan institusi kesihatan dalam menyokong kesejahteraan pesakit secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, kebajikan dan kerohanian.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi melahirkan perkhidmatan kesihatan yang lebih prihatin, penyayang dan berteraskan nilai kemanusiaan.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Program Ziarah Prihatin Karnival Pengukuhan Institusi Keluarga Islam (USRATI) Peringkat Negeri Pahang 2026
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26905