Pertandingan Memasak Masakan Etnik Negeri Pahang 2026

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Dietetik dan Sajian
  • Tarikh
    30 Jun 2026
  • Lokasi
    Jabatan Dietetik dan Sajian, Aras 1 HoSHAS.

30 Jun 2026 (Selasa) – Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menganjurkan Pertandingan Memasak Masakan Etnik Negeri Pahang 2026 bertempat di Jabatan Dietetik dan Sajian, Aras 1 HoSHAS.

Program ini menghimpunkan 26 peserta daripada 12 buah hospital di seluruh Negeri Pahang, melibatkan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Penyediaan Makanan yang berentap dalam mengetengahkan keunikan serta warisan masakan tradisional Negeri Pahang melalui kreativiti dan kemahiran penyediaan hidangan.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan I HoSHAS, manakala sesi penjurian dikendalikan oleh En. Abdul Rahman bin Ramlan dan En. Mohd Radhi bin Aripin dari Kolej Vokasional Puteri Temerloh. Turut hadir memeriahkan program ialah wakil Yakult Sdn. Bhd., kakitangan HoSHAS serta pegawai pengiring daripada hospital yang mengambil bahagian.

Keputusan pertandingan menyaksikan Hospital Jerantut muncul sebagai juara menerusi hidangan Gulai Ayam Belimbing Hitam, diikuti Hospital Kuala Lipis sebagai naib juara dengan hidangan Aserong Ayam. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) pula memenangi tempat ketiga menerusi hidangan Ayam Gulai Tempoyak.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan komitmen, kreativiti serta semangat dalam memartabatkan warisan masakan etnik Negeri Pahang.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26905